.jpg)
SHAH ALAM – Perwakilan Pulau Pinang, Mohd Nor Haron berharap PAS mesti memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Malaysia khususnya di Pulau Pinang dan layak menjadi ‘pemandu’ bukan sekadar penumpang.
Beliau berkata, ke mana hala tuju PAS hendak dibawa jika PAS hanya sekadar menjadi penumpang.
Dalam perbahasan ucapan dasar Presiden, katanya, jika ada mana-mana suara PAS ingin keluar daripada Pakatan Rakyat pimpinan tersebut perlu merujuk kepada pimpinan tertentu dan bukan membuat kenyataan tersasar.
Beliau menegaskan ahli PAS jangan mudah terpengaruh dengan mainan media fasik seperti facebook dan sebagainya.
Ini kerana kata beliau, media umpama pisau yang boleh menyembelih lembu dan pisau yang sama juga boleh digunakan untuk menyembelih haiwan yang haram.
“Jika kita gunakan media untuk pekara yang baik maka baiklah dan jika kita gunakan media pada perkara yang bertentangan ia boleh mendatangkan dosa,” katanya.
Berhubung tahaluf siyasi katanya, jika bukan golongan ulama yang membenarkan tahaluf siyasi sudah tentu PAS tidak akan berada dalam suasana yang selesa dengan memperolehi kemenangan di beberapa buah negeri.
Katanya, PAS Pulau Pinang dalam konteks dakwah Islam perlu bersabar kerana medan perjuangan itu terlalu luas dan masih jauh. - HARAKAH DAILY
Tidak ada komentar:
Posting Komentar