Selasa, 31 Desember 2013

Drebar bas kesal menang loteri

London: Di sebalik ‘tuah’ kerana memenangi loteri bernilai puluhan juta ringgit, seorang bekas pemandu bas mengakui, kadang-kadang dia berharap kemenangan itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya. 

Sebelum ini, John Noakes berkongsi dengan 11 lagi pemandu bas membeli loteri dan mereka disahkan memenangi hadiah bernilai £38 juta (RM176.5 juta) Kata lelaki berasal dari Corby itu, pada awalnya dia menyangka kemenangan itu akan membolehkan segala impiannya tercapai. Namun, Noakes, 50, berkata selain kegembiraan, wang loteri itu datang bersama pelbagai bala.

“Sebab itu sesekali saya berharap saya tidak memenangi loteri berkenaan,” katanya. Bekas Pemandu Bas Terbaik itu berkata, setiap daripada mereka yang berkongsi membeli loteri itu memperoleh kira-kira £3 juta (RM13.9 juta) seorang.
Sejak memenangi loteri itu, kata Noakes, mereka mula didatangi pelbagai masalah, daripada isu keluarga sehingga membabitkan aspek kesihatan.

Noakes kini masih menetap di rumah lamanya bersama isteri, Jean, di bandar Northamptonshire.

Kata Noakes, masalah itu memaksa sebahagian daripada rakannya berpindah dari Northamptonshire.
FotoNOAKES bersama isterinya, Jean.
“Malah, dua daripada kami terpaksa meninggalkan Britain.

“Saya dan Jean pula sedang bersiap-siap memulakan hidup baru di Cyprus,” katanya.
Sejak menjadi jutawan, kata Noakes, hidup mereka berubah sama sekali, tetapi tidak semuanya membawa kebaikan. Noakes sendiri mula menjadi perokok baru-baru ini akibat dilanda kemurungan. “Walaupun saya gembira memenangi wang yang banyak, perubahan daripada hidup susah menjadi kaya-raya sebenarnya mencabar,” katanya. Antara kesulitan yang dialaminya, dia terpaksa meneliti segala wang yang dibelanjakan bagi memastikan ia bertahan.

“Kebanyakan rakan saya juga enggan bersahabat dengan saya lagi,” katanya. Noakes turut selalu didatangi orang tidak dikenali dan meminta wang di jalanan.

Majikan Noakes juga menolak tawarannya untuk membantu syarikat pengangkutan itu secara percuma ketika London menjadi tuan rumah Sukan Olimpik tahun lalu.

Satu lagi cabaran Noakes ialah untuk berlaku adil kepada semua anggota keluarga tanpa menyebabkan sesiapa kecewa.

Justeru, katanya, dia dan Jean bercadang berpindah ke Cyprus.

Kata Noakes, sejak memenangi loteri itu, dia berhenti kerja tetapi menafikan hidup mereka berubah.

“Kami masih berbelanja di kedai sama, menggunakan kereta terpakai dan tetap cuba tawar-menawar ketika membeli pakaian,” katanya ketika ditemui, semalam. Seorang rakan Noakes yang memenangi loteri itu kini berpindah ke Sepanyol bagi mengelak berdepan perselisihan faham sesama keluarga. - Daily Mail
{ Read More }


Senin, 30 Desember 2013

Gambar hujung dari Tembok Besar China

Tembok besar China adalah bangunan yang masuk dalam kategori 7 keajaiban dunia pada tahun 1997. Tembok yang memiliki nama Tembok Sepanjang 10,000 Li ini merupakan bangunan terpanjang yang pernah di buat manusia pada masa Dinasti Qing dengan panjang keseluruhan tembok 8,850 km.
Shanhaiguan ujung timur Tembok Besar China

Tembok ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China yaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Pemerentahan Kaisar China. Perlu waktu puluhan tahun yakni dari 220 - 206 SM untuk merampungkan tembok raksasa ini.

Tembok besar China merupakan tujuan wisata pelancung di dunia, banyak pelancung asing setiap tahunnya mengunjungi tembok besar China ini. Namun tahukah anda dimana ujung dari tembok besar China ini?

Top Lake di sebelah barat, ujung lainnya ada di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragons Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya persis menjorok ke Laut Bohai. Tempat ini jadi destinasi wisata kerana di atasnya bertengger menara pemantau dan sebuah kuil.
Laolongtou

Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut lepas.

Nama Laolongtou diberikan kerana hujung tembok ini mirip naga panjang yang kepalanya terbenam di air laut. Pengunjung boleh naik ke atas tembok dan melihat langsung panorama laut lepas, juga mengunjungi menara pemantau dan sebuah kuil di atasnya.

Namun rupanya, tak sepenuhnya bahagian Laolongtou adalah bangunan asli. Mengutip situs Amusing Planet, pada Julai 1905 tentera Jepun mendarat di Shanhai Pass. Mereka membombardir area itu, menghancurkan beberapa sisi tembok ini. Apa yang berdiri sekarang adalah upaya pemerintah China untuk membuat replika dari bangunan aslinya.

Laolongtou dibahagi menjadi tujuh bahagian yaitu Estuary Stone City, Menara Chenghai, Nereus Temple, Jinglu Beacon Tower, Nanhaikou Pass, Ningchai City, dan Binhai Walls. Dua tempat favorit wisatawan adalah Changtai Tower dan Nereus Temple yang bertengger di atasnya.

Changtai Tower adalah bangunan dua tingkat dengan pondasi kayu dan bata, berfungsi sebagai menara pemantau. Nereus Temple tersohor kerana pernah didatangi para Kaisar di masa Dinasti Qing.

Kuil inilah yang jadi tempat mereka berdoa kepada leluhur sebelum melanjutkan perjalanan ke sebelah timur laut China. 
sumber
{ Read More }


Keajaiban burung

NEW YORK - Data rakaman daripada kotak hitam sebuah pesawat US Airways yang terhempas menguatkan lagi bukti bahawa kejadian itu berpunca akibat pelanggaran tragis dengan sekumpulan burung di Sungai Hudson di sini.



Sebahagian rakaman perbualan dalam kokpit yang disiarkan.menyokong dakwaan sebelum ini bahawa pelanggaran dengan sekumpulan burung menyebabkan enjin pesawat itu rosak.
Seorang pegawai penyiasat, Kitty Higgins berkata, rakaman suara itu menunjukkan kapten pesawat berkenaan memaklumkan kehadiran sekumpulan burung.
"Beberapa saat kemudian rakaman itu merakamkan bunyi hentaman kuat sebelum diikuti dengan bunyi enjin yang kehilangan kuasa.
"Kapten itu kemudian memaklumkan bahawa kedua-dua enjin pesawat tersebut kehilangan kuasa dan dia kini terpaksa mengambil alih kawalan," katanya.
Satu lagi kotak hitam yang merakamkan rekod penerbangan juga menunjukkan bahawa kedua-dua enjin pesawat itu kehilangan kuasa secara serentak.
Dalam kejadian itu, 155 orang yang menaiki pesawat itu terselamat selepas pendaratan cemas dilakukan di Sungai Hudson. - AFP





Bulu burung yang melekat pada pesawat,di jadikan sebagai bahan bukti menyebabkan pesawat terhempas.

Kebesaran Allah menciptakan burung sebagai bukti kekuasaanya.
Burung adalah mesin terbang terbaik di dunia. Dalam video ini akan Anda menemukan perancangan mengejutkan pada struktur aerodinamik burung, sistem pemandu arah mereka, maupun sejumlah teknik penerbangan yang berbeza.

Tubuh burung tidak hanya menjadi saksi bagi penciptaannya, akan tetapi juga merupakan bukti kuat yang menggugurkan Darwinisme: Paru-paru burung, rekabentuk bulunya, serta banyak ciri-ciri burung lainnya membantah teori evolusi, yang menganggap kehidupan di bumi sebagai peristiwa yang muncul dan terjadi secara kebetulan, tanpa disengaja dan tidak diciptakan.

Saksikan video berikut.




{ Read More }


Minggu, 29 Desember 2013

KL Gangster 2 Kutip RM3 Juta Dalam 4 Hari


PETALING JAYA –  Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM 3.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan bermula 3 Oktober lalu termasuk tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September lalu.

Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, biarpun jumlah kutipan tersebut hanya mampu meraih separuh daripada sasaran awal, namun dia masih tetap bersyukur.

“Alhamdulillah setakat empat hari ini sudah mencapai RM3.1 juta namun jika diikutkan sasaran awal kita lebih daripada jumlah itu.

“KL Gangster dulu empat hari sahaja sudah mencapai RM 6 juta lebih, bagaimanapun saya bersyukur kerana dalam situasi filem bocor ini masih ada lagi yang datang ke pawagam untuk beri sokongan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Yusof berkata, beliau menyasarkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.

Katanya, promosi yang cukup kuat dijalankan sepanjang tayangan ini juga menjadi strategi akhir pihaknya untuk menarik penonton ke pawagam.

“Kutipan itu mungkin sudah memadai bagi filem yang bajet rendah ditambah industri filem yang lembab sekarang tapi saya hanya pasrah dan bersyukur.

“Saya berharap pihak kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dengan isu cetak rompak ini ambil iktibar dan tindakan segera agar tiada pihak yang menanggung kerugian lagi,” katanya.

KL Gangster 2 telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak dan telah mengutip sebanyak RM700,00O.
{ Read More }


Serangan Bersenjatakan Parang 6 Lelaki Dicari

Serangan Bersenjata


BALIK PULAU — Polis sedang mencari enam lelaki bagi membantu siasatan kes serangan bersenjatakan parang terhadap lima lelaki di hadapan terminal bas Sungai Nibong, dekat sini, Isnin lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Lai Fah Hin berkata, enam lelaki berkenaan ialah S. Pavithren, 18, alamat terakhir di Desa Indah Relau Persiaran Paya Terubong 2; V. Mogan, 26, beralamat di Nombor 33, Changkat Delima Island Glades, Gelugor; C. Gomaredas, 24, beralamat di 1-13-17 Lorong Aziz Ibrahim, Sungai Nibong.
E.Cedric Arwin, 20, beralamat di Jalan Pantai Jerejak 1, Gelugor; K. Sobhiten beralamat di 3-14-07 Hilir Paya Terubong Villa Kejora, Relau dan M.
Tharmajaya, beralamat di 19, 5-11-1 Lebuh Bukit Kecil 6, Bayan Lepas.
“Polis yakin kejadian berpunca daripada perselisihan faham dan mangsa yang terlibat mengalami kecederaan di tangan dan kepala dan kini berada dalam keadaan stabil,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.— BERNAMA
{ Read More }


Unik Patung Manusia Terbuat Dari Manusia Asli

 Seniman mempunyai seribu cara untuk mengexpresikan idea-ideanya, melukis dengan menggunakan rambut manusia, melukis di dalam air, membuat patung salji, bahkan ada juga seniman yang membuat patung dari sebutir beras.
Foto-foto berikut ini adalah salah satu contoh dari kreativiti para seniman ini. Mereka adalah para seniman jalanan yang berusaha mengaktualisasikan dirinya sebagai sebuah patung, hasilnya cukup mengagumkan mereka begitu mirip patung sebenar.
















 
sumber: VIVanews
{ Read More }


Sabtu, 28 Desember 2013

Pelanggan Asda Terlepas Denda Kerana Kesalahan Lucu


Pelanggan Asda Terlepas Denda Kerana Kesalahan Lucu
Pelanggan Asda Terlepas Denda Kerana Kesalahan Lucu - LONDON : Gara-gara terlalu terdesak untuk membeli-belah, seorang pemandu tergamak meninggalkan keretanya di kawasan meletak troli pasar raya Asda.
Pemandu terbabit cuma dikenali sebagai Jim bersusah-payah memasukkan kereta Peugot 107 miliknya ke kawasan sempit itu selepas mendapati tiada lagi kawasan meletak kenderaan yang kosong. Tindakan Jim itu menarik perhatian orang ramai.
Walaupun sepatutnya didenda $75 (RM371), kakitangan Asda di Nuneaton, Warwickshire, memaafkan Jim selepas mendapati kesalahan itu sangat lucu. Jim berkata, dia ke pasar raya itu hanya untuk membeli minuman keras.
“Kenderaan terlalu banyak dan saya terfikir meletakkan kereta saya di tempat troli kerana ia memang kosong,” katanya. Jim mengakui dia mengalami kesukaran untuk keluar dari keretanya.
“Ketika mahu pulang, ramai orang, termasuk pengurus pasar raya, mengerumuni kereta saya,” katanya. – TS
{ Read More }


Inilah Tanda Tanda Kehancuran Bumi

Seiring dengan majunya zaman dan bertambahnya usia dari bumi ini, para pakar bbanyak berpendapat bahwa bumi ini sudah tidak dapat di kategorikan kedalam planet yang masih sehat, penyebabnya dirasakan oleh beberapa faktor yang menjadi penentu yang merubah status bumi menjadi tidak sehat.

[imagetag]

Berikut ini adalah 5 kategori yang menyataka bahwa bumi tidak sehat :

1. Melelehnya es di Arktik (Kutub Utara)

Studi terbaru memperkirakan bahwa perairan Arktik bisa meleleh dan bebas dari es pada musim panas minimal 30 tahun lebih cepat dari perkiraan sebelumnya. Melelehnya es di Kutub Utara ini bisa memperkuat kecenderungan pemanasan global dan membahayakan penghuni Kutub Utara sendiri, dari manusia hingga beruang kutub.

2. Runtuhnya lapisan es antartika (Kutub Selatan)

Wilkins adalah salah satu dari sembilan lapisan es antartika yang telah surut atau runtuh dalam beberapa dekade terakhir. Lapisan es yang runtuh paling dramatis adalah Larsen A dan B, yang runtuh secara tiba-tiba pada tahun 1995 dan 2002.

3. Lubang di lapisan ozon

Lapisan ozon melindungi penghuni bumi dengan menyerap sinar ultraviolet berbahaya. Tapi banyaknya penggunaan bahan kimia dan polutan dapat membuat lubang besar di lapisan ozon. dibutuhkan waktu hingga puluhan tahun untuk dapat memulihkan lapisan ozon seperti semula.

4. Meluasnya zona laut mati

Zona laut mati adalah kantong laut yang mana oksigen habis sehingga banyak ikan, kerang dan spesien lain yang tidak dapat bertahan hidup, seperti terdapat di Teluk Meksiko. Zona ini terbentuk ketika pupuk tercecer dari sungai dan membuat banyak alga (tumbuhan laut yang memproduksi oksigen) mati dan membusuk.

5. Krisis karang laut

Terumbu karang adalah habitat laut yang penting bagi kebanyakan spesies laut. Tapi beberapa dekade terakhir, banyak terumbu karang yang mengalami krisis karena adanya penangkapan ikan yang berlebihan, polusi laut, penyakit, pemanasan dan pengasaman air laut. Perairan samudera menjadi lebih asam karena menyerap karbon dioksida dari atmosfer. Artinya, semakin banyak polusi udara, makin asam air laut.

Sumber

#bcfda5
{ Read More }


Jumat, 27 Desember 2013

Bible PAS gesa ambil tindakan provokasi Perkasa

Harakahdaily  

Khairil Abdul Rahim, 24 Jan 2013
TEMERLOH: PAS mengecam tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang mengarahkan dibakar kitab penganut agama Kristian, Bible, kerana tindakan tersebut bercanggah dengan Islam dan menggesa kerajaan bertindak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, provokasi tersebut jika tidak diambil tindakan dikhuatiri akan menimbulkan perbalahan dan suasana yang tidak harmoni dalam negara ini.

“Dalam sebuah hadis jelas Nabi Muhammad mengatakan dihina tuhan-tuhan orang kafir, kelak mereka akan menghina tuhan kamu iaitu Allah.

“Sebab itu pihak berkuasa tidak seharusnya berdiam diri tetapi mesti bertindak sebelum api keagamaan atau perkauman itu marak,” katanya selepas mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pahang di sini hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyeru umat Islam bersatu dan membakar kitab Injil yang menggunakan nama Allah dalam perhimpunan pertubuhan tersebut di Pulau Pinang baru-baru ini.

Ekoran kenyataan Ibrahim, terdapat beberapa desakan supaya beliau diambil tindakan termasuk daripada parti Gerakan dan MIC.

Tuan Ibrahim berkata, isu yang dimainkan oleh Perkasa bertujuan untuk menimbulkan curiga antara agama yang boleh mencetuskan pertelagahan antara kaum.

“PAS dukacita kerana Perkasa tidak mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang membenarkan Bible diterjemah ke dalam bahasa Melayu, sedangkan ia bercanggah dengan Majlis Fatwa Kebangsaan,” katanya.

Sementara itu sempena sambutan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW hari ini, Tuan Ibrahim menyeru umat Islam kembali kepada sunnah rasul, iaitu manusia yang telah menghapuskan kekufuran, syirik dan mengembalikan sistem yang yang menepati fitrah manusia.

“Mari jadikan kedatangan Maulid Rasul hari ini sebagai roh perjuangan Islam untuk menang pada pilihan raya akan datang,” katanya
{ Read More }


Penari tiang Arab terkaya memakai jilbab dikecam

tweetmeme_style = "compact"; src="http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js" type

berita2.com: Pernah mendengar pole dancing? Boleh dikatakan tarian yang cukup sensual dan erotik dengan alat seperti tiang. Walau demikian, seorang wanita Arab Saudi memperdalam tarian ini dengan mengundang instruktur berbangsa Inggris untuk datang ke Arab Saudi. Fotonya lalu beredar luas dan mendapat kecaman.
Lucy Misch, nama instruktur itu diundang oleh salah satu keluarga Saudi terkaya dan paling berpengaruh, setelah menghadiri kelas tarian ini di Eropah. Misch juga membawa peralatan tarian sebanyak 3 buah dengan harga £500 per buah. Kunjungan Misch ke Negara Islam yang ketat akan hukumnya berjalan dengan lancar kerana yang mengundangnya keluarga yang paling berpengaruh.
"Tidak ada sejarah pole dancing di Arab Saudi," kata Misch. "Ini bukan tempat yang Anda harapkan untuk diundang mempelajari tarian ini walaupun tarian ini baik untuk kebugaran, sangat baik manfaatnya untuk tubuh”, ujarnya seperti disiarkan dailymail.



Qahtani, murid Misch, sangat teruja mendalami tarian ini. Ia meluangkan waktu 2 jam setiap hari selama 6 hari berturut. Ia belajar untuk memanjat tiang (pole), melakukan split di alat itu.
Misch dan Qahtani mengabadikan gambar mereka saat melakukan tarian ini dengan mengenakan pakaian tradisional Arab Saudi. Dan ketika gambar-gambar ini dipublikasikan, Misch menghadapi kritik dari Umat Muslim Arab Saudi. Gambar-Gambar itu dianggap menghina.
Salah seorang berkata: "Saya menemukan foto-foto Anda tidak menghormati wanita yang mengenakan jilbab dengan martabat di Saudi dan yang tidak akan pernah melangkah ke tiang untuk menari.”
Atas reaksi tersebut, Misch cuba menjelaskan bahawa tarian ini tidak terkait dengan aksi striptease. Tarian ini justru membutuhkan ketrampilan, kekuatan, dan tekad. Bahkan tarian ini sudah ada di China dan India selama berabad-abad.

{ Read More }


Kamis, 26 Desember 2013

CEO Petronas bersedia untuk bersara bila bila masa


November 12, 2012
KUALA LUMPUR, 12 Nov — Tan Sri Shamsul Azhar Abas membayangkan beliau mungkin tidak akan kekal lama di Petronas di bawah polisi persaraan baru selepas melakukan pembaharuan untuk mengurangkan peranan syarikat sebagai pemberi dana kepada kerajaan selepas dua tahun menjadi ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut.
“Saya sudah mengenalpasti pengganti saya dan saya bersedia untuk bersara bila-bila masa. Walaupun pada hari esok,” kata Shamsul kepada Financial Times (FT) dalam temubualnya hari ini.
CEO dan ahli lembaga pengarah Petronas tersebut berkhidmat untuk perdana menteri yang telah menjadikan Petronas sebagai sumber dana kepada projek mega dan untuk menjamin kerugian.

Shamsul menggantikan Tan Sri Hassan Merican pada tahun 2010 telah berusaha untuk menjadikan syarikat tersebut bebas dari penguasaan kerajaan dan mengawal perbelanjaan serta mahu menjadikan syarikat tersebut di dalam Fortune 500 untuk kepentingan komersil, menurut akhbar perniagaan antarabangsa tersebut.

Petronas juga dalam perbincangan dalam membebaskan syarikat tersebut dari pemilikan kerajaan dengan membincangkan pengurang subsidi tahunan kepada dana negara, yang kini menyumbang kepada 40 peratus dari bajet negara serta mahu mengurangkan kos eksplorasi dalam pengeluaran yang semakin berkurangan, menurut FT.
“Ia kini dilakukan secara sekumpulan, tidak lagi keseorangan,” kata Shamsul lagi.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa Shamsul berusaha memulihkan imej Petronas sebagai syarikat yang dimiliki kerajaan dengan berusaha menyelamatkan hak pembelian bernilai C$5.3 billion (RM16.3 billion) dalam syarikat Progress Energy Resources yang telah ditolak oleh kerajaan Kanada kerana dikatakan "tidak menguntungkan" negara tersebut.

Akhbar tersebut berkata, Petronas telah berusaha untuk mengimbangkan kewangannya yang kini 42 peratus dari pendapatan antarabangsa, hanyalah 10 peratus dari pendapatan keseluruhannya.
CEO itu memberitahu akhbar tersebut bahawa beliau tidak akan mampu membawa perubahan “tanpa sokongan dari perdana menteri” Datuk Seri Najib Razak.
Tetapi bagi Shamsul, yang telah berkhidmat bersama Petronas selama 37 tahun sejak 1975 juga adalah produk dari sistem yang dikritik beliau.
Beliau faham masanya untuk bersara sudah tiba dan sudah bersedia untuk berbuat demikian.

CEO sebelumnya, Hassan yang telah meninggalkan Petronas, dikatakan mempunyai pandangan tidak sehaluan dengan Najib pada lewat 2009 dengan perlantikan bekas pembantunya sebagai pengarah Petronas walaupun perdana menteri mempunyai kuasa penuh dalam lembaga pengarah.

Hassan telah dikreditkan sebagai orang yang bertanggungjawab atas transformasi Petronas sebagai syarikat milik kerajaan yang memainkan peranan luas di peringkat antarabangsa selain dari Statoil milik Norway.
Semenjak itu, beliau telah dilantik di beberapa syarikat antarabangsa, termasuk pengarah kepada syarikat Singapura Sembcorp Industries. The Malaysian Insider
{ Read More }


Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Runtuh!

“Saya nampak besi kerangka jatuh, tetapi tidak sempat melarikan diri sebelum pengsan akibat dihempap besi berkenaan,” kata Ahmad Safuan Abdul Manaf, 21, yang patah dua bahagian kaki kanannya serta cedera di mulut akibat sebahagian kerangka struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak di sini, runtuh semalam.






Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, dia bersama empat lagi rakan sekerja sedang memotong kerangka lama bumbung stadium itu untuk digantikan bumbung baru. Bagaimanapun, kerangka besi sepanjang 137 meter itu tiba-tiba runtuh menyebabkan lima pekerja cedera pada kaki, tangan dan badan.

Selain Ahmad Safuan, pekerja yang turut cedera ialah Mohd Nazirul Nizam Marzuki, 22, Mohd Saidi Ismail, 21, Wan Mohd Fajrulazmi Wan Ahmad, 26, dan Mohd Syukri Jusoh, 31. Ketika ditemui di Wad Pembedahan Lelaki Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, Ahmad Safuan berkata ketika kejadian dia sedang memasang besi perancah di bawah kerangka besi bumbung.

“Saya terkejut apabila melihat kerangka berkenaan tiba-tiba runtuh dan menghempap perancah menyebabkan saya terjatuh dari ketinggian 15 meter ke atas tangga.

“Selepas terjatuh atas tangga, kaki kanan dihempap besi perancah dan kerangka besi bumbung berkenaan.

“Akibat terlampau sakit saya pengsan di bawah timbunan kerangka itu dan apabila tersedar, mendapati berada atas meja yang diangkat beberapa pekerja untuk dimasukkan ke dalam ambulans Jabatan Pertahanan Awam,” katanya.

Menurutnya, semua empat rakannya hanya menerima rawatan pesakit luar di HSNZ dan dibenarkan pulang pada jam 4 petang semalam.

Saksi kejadian yang turut bekerja membaik pulih stadium berkenaan, Alfius Monjutong, 26, berkata dia terkejut apabila terdengar bunyi kuat dari arah bumbung stadium sebelum melihat kerangka runtuh.

“Ketika itu saya berada di bahagian bawah stadium dan segera memaklumkan kepada beberapa rakan lain untuk mendapatkan bantuan bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

“Kira-kira 15 minit kemudian, anggota bomba datang dan mengeluarkan mangsa yang cedera,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Terengganu Datuk Hamzah Md Jamil berkata runtuhan berlaku ketika pekerja terbabit menjalankan proses merobohkan kerangka lama di bahagian tengah bumbung berkenaan.

-Metro-
{ Read More }


Jom Jana 20USD Dalam Seminit!

20USD dalam seminit! Entri pada kali ini ialah berkaitan dengan trade forex yang aku kongsikan tempoh hari. Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja membuka akaun micro dengan kadar 20USD pada pertengahan bulan April yang lepas. Terkini akaun aku 41USD!



profit 32 pips!
profit 32 pips!

Trade forex sebenarnya tidaklah sesukar mana. Tetapi haruslah menepati cara dan teknik yang betul. Aku kini masih mempelajari teknik trade forex yang betul dengan menggunakan ebook daripada Forex Sebenar. Download di sini :  Ebook Rahsia Forex Sebenar.

Forex trading ini bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main kerana ia melibatkan wang kita sendiri. Oleh itu, mempelajari sebelum mencuba sesuatu yang mencabar seperti ini memerlukan  pengetahuan yang betul sebelum mengorak langkah.

Tersilap langkah membawa padah!

Inilah ungkapan yang paling sesuai dalam dunia forex. Market sentiasa bergerak dengan laju terutama sekali pada tarikh tertentu. Semuanya ada diterangkan dalam Ebook tersebut tentang tarikh yang sesuai untuk melakukan trade.

Perkara yang paling penting sekali dalam forex ialah dari segi money management. Pada aku, kewangan harus dijaga dengan teliti dan jangan sesekali over trade. Perkara ini biasanya berlaku apabila market bergerak dengan laju sebab sesetengah orang ingin cepat kaya dengan over trade dengan saiz yang besar.
Lost 20USD dalam seminit!

Lost 20USD dalam seminit!
(klik gambar untuk paparan jelas)

Inilah akibatnya kalau money management tidak dijaga dengan betul. Ya! Aku melakukan trade pada ketika market sedang bergerak laju dan entah macamana aku terfikir untuk melanggar money management aku tu dengan alasan :

Buka sekejap dengan saiz yang besar dan tutup dalam beberapa minit untuk memastikan profit, tak kisah la berapa pips pun. Dengan saiz yang besar, 1pips pun boleh jadi lumayan.

Aku menggunakan teknik yang betul yang diajar pada ebook tersebut tetapi ini adalah kesilapan aku sendiri yang melanggar disiplin pengurusan wang sendiri. Padan muka aku! haha. Nasib baik baki ada lagi 21USD lagi. 

Secara ringkasnya aku meletakkan stop loss 50 pips tetapi apabila aku sedang mengalami loss 20 pips, akaun aku terus tertutup kerana modal aku yang hanya 20USD ketika itu. Tetapi selepas 25pips loss, harga terus melambung tinggi dan aku duduk tercengang depan laptop, 20USD aku hilang dalam masa seminit!

Di mana siap aku? Modal aku sebenarnya tidak cukup besar untuk membeli pips pada saiz yang besar dan secara automatiknya akaun aku tertutup apabila aku loss 20pips yang ketika itu bersamaan dengan 20USD aku tu.

Teringin nak dapatkan teknik trade forex yang betul? Download di sini :  Ebook Rahsia Forex Sebenar. Sahabat blogger aku, ThaqibZaki kini mula menjana profit tak terkalah!
Aku datang, ini pasti menjadi pengajaran yang paling berguna aku yang sangat berguna pada aku untuk lebih berdisiplin dalam melakukan trade. Teknik yang berkesan tetapi kesilapan sendiri tidak menjaga money management membawa padah! 20 USD=RM66 dalam seminit! Banyak tuu.

http://www.broblogger.net/2013/05/20usd-dalam-seminit.html#ixzz2UYn777wp

{ Read More }


Rabu, 25 Desember 2013

KJ Nyata Kesediaan Jumpa FAM


KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini menyatakan persetujuan untuk bersemuka dengan kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menyelesaikan kemelut antaranya dan badan itu.

“Saya tidak ada masalah untuk berbincang,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen di sini.

Beliau ditanya sama ada bersedia untuk bersemuka dengan FAM bagi menyelesaikan isu berbangkit susulan saranan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM Datuk Takiyuddin Hassan semalam, yang berkata Khairy perlu mengambil pendekatan secara bersemuka bukan menegur badan induk bola sepak tersebut secara terbuka.

Sejak kebelakangan ini Khairy lantang mengkritik FAM antaranya bersabit jualan tiket final Piala Malaysia dan kemuncaknya teguran terhadap Jawatankuasa Keselamatan FAM susulan penemuan pistol di dalam tandas di Stadium Shah Alam semasa final Piala Malaysia antara Kelantan dan Pahang pada 3 November lalu.

Khairy sebelum ini dipetik berkata segala kritikan beliau selama ini adalah demi kemajuan bola sepak tanah air dan bukan bermaksud untuk membalas dendam kepada kepemimpinan FAM. – BERNAMA
{ Read More }


Ustazah Tegur Kos Kahwin Che Ta Dan Zain


PENDAKWAH bebas Ustazah Zawiyah Hassan menegur trend golongan artis atau orang ramai yang berkahwin sehingga sanggup membelanjakan wang sehingga berjuta-juta ringgit kerana ianya satu pembaziran.

“Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang Allah termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis.

“Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan,” katanya.

Beliau berkata hukum sebenar kenduri kahwin hanya sunat sebagaimana sabda Rasulullah iaitu mengadakan kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing.

Bagaimanapun, Ustazah Zawiyah berkata apa yang membimbangkan apabila perkahwinan besar-besaran hingga berlaku pembaziran seolah-olah menjadi satu budaya ketika ini sedangkan pada masa sama terdapat ramai lagi orang yang memerlukan.

“Kahwin itu satu ibadat, tetapi kita buat perkara yang dilarang seperti membazir, bermegah dan berbangga dengan kekayaan yang dimiliki, bagaimana nak dapat keberkatan Allah,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Ustazah Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan.

“Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda Allah, bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan,” katanya.

Semalam, Metro Ahad melaporkan mengenai hari bahagia pelakon sensasi, Rozita Che Wan dan pasangannya, Zain Saidin yang layak digelar ‘Wedding of The Year’ atau “Perkahwinan Paling Gah Tahun Ini” berikutan belanja keseluruhan majlis berkenaan dianggarkan mencecah RM1.21 juta.

Pasangan popular itu bertuah kerana sebaik mengumumkan akan berkahwin dalam masa terdekat, pelbagai pihak tampil menawarkan diri untuk menaja hari bahagia mereka dan sehingga kini tajaan sahaja sudah mencecah RM13 juta.

Tanpa mahu bergantung kepada penaja semata-mata, Che Ta dan Zain dilaporkan mengeluarkan belanja kira-kira RM300,000 bagi merealisasikan majlis perkahwinan idaman mereka.
{ Read More }


Selasa, 24 Desember 2013

Kapal Pesiar Termewah Di Dunia

Berikut adalah sedikit foto-esai tentang Brilliance of the Seas di perairan Teluk. Kapal berisi 13 deck, 5 restoran, perpustakaan, teater, galeri seni, kasino, kolam renang, toko-toko, olah raga tenis dan banyak lagi! Pada kenyataannya, ini adalah kota kecil yang mengambang. Ini kapal pesiar Mediterania dari bulan April sampai November dan Terusan Panama dan Karibia dari November hingga April. Yang unik mengenai kapal pesiar khusus ini adalah kolam renang dan Jacuzzi yang buka 24 / 7.

 
 
 
sumber
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest