Tampilkan postingan dengan label rakyat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label rakyat. Tampilkan semua postingan

Minggu, 09 Maret 2014

Gaya hidup rakyat Malaysia dorong hutang tidak berpenghujung

Oleh Lee Shi-Ian July 09, 2013
Hitam atau putih. Lebih sejuta kakitangan kerajaan dilarang melakukan pekerjaan kedua. Tapi, ramai melakukannya.
Sebagai pemandu teksi, pelayan atau pembantu gerai jualan makanan, selepas habis waktu bekerja untuk menambah pendapatan bagi melangsai sewa rumah, pinjaman kereta dan mencari keselesaan kewangan untuk bulan berikutnya.

Ahmad, 28, seorang kerani di Kementerian Kewangan tidak ingat sejak bila hutangnya mula keliling pinggang. Pinjaman pertamanya dibuat untuk berkahwin, mengadakan kenduri di kampungnya di Terangganu.

Bukan untuk bermewah tapi ia menelan belanja RM10,000. Dalam tempoh singkat, beliau membeli peralatan elektrik secara sewa beli, menyebabkan gaji bulannya RM1,500 dihabiskan untuk membayar hutang.
Bagi menambah pendapatan, beliau setiap malam menjadi pemandu teksi untuk beberapa jam sebelum bekerja semula di Kementerian Kewangan, keesokannya.

Adakah beliau menyesal terlibat dalam hutang? Ya, tetapi menyedari sambutan Aidilfitri hanya sebulan lagi, tekanan untuk berbelanja bertambah sedangkan beliau ketiadaan wang.

Bukan beliau seorang. Tinjauan The Malaysian Insider mendapati ramai kakitangan kerajaan terjebak dalam masalah hutang - rumah, kereta dan kad kredit. Inilah penyakit yang mengheret isi rumah di Malaysia ke tahap bahaya.
Semakin rajin seseorang itu, semakin mudah dia melakukan pekerjaan kedua manakala mereka yang terdesak mencari peminjam ah long.

Statistik menunjukkan setiap sebahagian besar tenaga kerja di Malaysia menghabiskan pendapatan boleh guna mereka untuk lunas pinjaman isi rumah.
Ramai pasangan muda mengambil kesempatan kemudahan berhutang untuk membeli kondominium mahal dan membayar pinjaman kereta suami isteri, malah ada mahasiswa membuat pinjaman sekalipun belum bekerja.

Mohamed Khalil Jamaldin, Ketua Komunikasi Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Hutang memberitahu The Malaysian Insider: "Satu daripada puncanya ialah gaya hidup. Mereka terjebak dalam perangkap lantaran perancangan kewangan yang buruk."
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pula mendapati ramai anak muda di negara ini diisytihar muflis biarpun belum memperoleh gaji pertama.

Jumaat minggu lalu, Bank Negara mengambil tindakan drastik untuk mengatasi masalah hutang dengan membuat pengumuman bahawa penggadaian dihad pada usia 35 tahun dan pinjaman peribadi pada 10 tahun, selain memansuh pra-kelulusan pinjaman rumah
Bank Negara menyedari isu rumah rakyat Malaysia meningkat 12 peratus setiap tahun sejak lima tahun lalu. Sebagai perbandingan, kenaikan 13 peratus hutang isi rumah di Korea Selatan setahun, dianggap serius.

Pakar ekonomi juga mendapati beberapa indikator hutang isi rumah di Malaysian sangat teruk. Contohnya, hutang isu rumah ialah 140 peratus daripada pendapatan boleh guna. Ia sama dengan kadar di Amerika Syarikat dan 150 peratus lebih rendah daripada pendapatan boleh guna di Korea Selatan.

The Financial Times baru-baru ini memberi amaran betapa hutang isi rumah di Malaysia paling tinggi di rantau ini sekaligus menjadikan kedudukan ekonomi dalam risiko.
Mengikut Johanna Chua dari Citigroup, penduduk negara ekonomi ketiga di rantau ini terutama golongan berpendapatan rendah terdedah sebagai  penanggung hutang yang paling besar secara keseluruhan.

Lonjakan hutang itu menggerunkan kerajaan dan ia bukan semata-mata atas alasan kewangan.
Ini mengakibatkan ramai rakyat negara ini tidak membayar pinjaman dan tidak mampu menanggung perbelanjaan bulanan.
Situasi ini juga boleh mendorong kepada masalah sosial yang pastinya memberi kesan politik. - 9 Julai 2013.
 The Malaysian Insider
{ Read More }


Rabu, 18 Desember 2013

PAS Mesti Jadi ‘Pemandu’ Dalam Pakatan Rakyat


SHAH ALAM – Perwakilan Pulau Pinang, Mohd Nor Haron berharap PAS mesti memperkukuhkan Pakatan Rakyat di Malaysia khususnya di Pulau Pinang dan layak menjadi ‘pemandu’ bukan sekadar penumpang.

Beliau berkata, ke mana hala tuju PAS hendak dibawa jika PAS hanya sekadar menjadi penumpang.

Dalam perbahasan ucapan dasar Presiden, katanya, jika ada mana-mana suara PAS ingin keluar daripada Pakatan Rakyat pimpinan tersebut perlu merujuk kepada pimpinan tertentu dan bukan membuat kenyataan tersasar.

Beliau menegaskan ahli PAS jangan mudah terpengaruh dengan mainan media fasik seperti facebook dan sebagainya.

Ini kerana kata beliau, media umpama pisau yang boleh menyembelih lembu dan pisau yang sama juga boleh digunakan untuk menyembelih haiwan yang haram.

“Jika kita gunakan media untuk pekara yang baik maka baiklah dan jika kita gunakan media pada perkara yang bertentangan ia boleh mendatangkan dosa,” katanya.

Berhubung tahaluf siyasi katanya, jika bukan golongan ulama yang membenarkan tahaluf siyasi sudah tentu PAS tidak akan berada dalam suasana yang selesa dengan memperolehi kemenangan di beberapa buah negeri.

Katanya, PAS Pulau Pinang dalam konteks dakwah Islam perlu bersabar kerana medan perjuangan itu terlalu luas dan masih jauh. - HARAKAH DAILY
{ Read More }


Sabtu, 16 November 2013

Tips Cara Mendapatkan Kredit Usaha Rakyat

Kredit Jaminan Jamsostek, Kredit Jaminan Bpkb, Kredit Usaha Rakyat, Kredit Jaminan Rumah, Kredit Usaha Rakyat Bsm, Kredit Jaminan Spk, Kredit Usaha Kecil, Kredit Usaha Mikro Mandiri, Kredit Usaha Tanpa Jaminan, Kredit Usaha Rakyat 2013, Kredit Usaha Rakyat Bank Jatim, Persyaratan Kredit Usaha Rakyat, Kredit Jaminan Ijazah S1, Kredit Jaminan Ajb, Kredit Jaminan Deposito, Kredit Usaha Rakyat Tanpa Agunan, Kredit Usaha Rakyat Bni, Kredit Usaha Rakyat Mandiri, Kredit Jaminan Tanah, Kredit Usaha Rakyat Dari Pemerintah


Sudah menjadi rahasia umum bahwa sektor usaha mikro, kecil, dan menengah adalah penyelamat ekonomi negara yang sebenarnya. Saat terjadi krisis ekonomi dan perusahaan kolaps, mereka mampu menggerakkan perekonomian bangsa. Kendala umum para pelaku Usaha Mikro Kecil Menengah (UMKM) adalah masalah permodalan. Masih banyak yang belum mengetahui cara mengajukan kredit UMKM ke perbankan. Ada beberapa banka pemerintah yang menyediakan fasilitas perkreditan UMKM, dikenal dengan fasilitas Kredit Usaha Rakyat (KUR).

Kredit Usaha Rakyat ini memiliki keunggulan sebagai berikut:
  • Proses lebih cepat dengan persyaratan mudah
  • Suku bunga bersaing dengan jangka waktu hingga 5th
  • Plafond hingga maksimal 500 juta
Berikut ini adalah cara mengajukan kredit ke bank pemerintah untuk mendapatkan fasilitas Kredit Usaha Rakyat (KUR):
  • Usaha yang dijalankan memiliki pasar yang jelas dan memiliki prospek
  • Melampirkan surat identitas diri (KTP, Surat Nikah, Kartu Keluarga)
  • Melampirkan surat legalitas usaha (Surat Izin Usaha dari pemrintah setempat, NPWP, akta pendirian badan usaha, dan bukti lokasi usaha)
  • Laporan keuangan 2 tahun terakhir sebagai sarana pihak bank memeriksa kesehatan keuangan usaha anda
  • Jika bank meminta agunan dari anda, sertakan bukti kepemilikan barang yang diagunkan kepada bank
  • Tidak sedang menikmati fasilitas serupa di bank lain
Ajukan semua syarat tersebut ke bank pemerintah yang menyediakan fasilitas Kredit Usaha Rakyat. Kemudian tunggu pihak bank memproses apliaksi kredit kita. Biasanya tidak lama setelah aplikasi kita masuk dan memenuhi syarat, pihak bank akan segera melakukan survey lapangan dan kredit akan segera dikucurkan tidak lama setelah pengajuan kredit kita disetujui.

Selamat berusaha.

{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest