​
Tampilkan postingan dengan label 2. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label 2. Tampilkan semua postingan

Rabu, 05 Maret 2014

Satu Keluarga Miliki Rambut Panjang Hampir 2 Meter

  Foto: Daily Mail
Foto: Daily Mail
MORRIS – Sebuah keluarga di Morris, Amerika Syarikat   memiliki kehidupan yang unik, dimana seorang ibu memiliki rambut sepanjang 1.8 meter dan ketiga puterinya mengikuti jejak sang ibu.
 
Terelynn Russel bertinjauan menjadi juara pertama dalam kompetisi pemilihan rambut terpanjang di festival tahunan yang sering diadakan di Amerika Serikat (AS). Kerana prestasinya, ketiga anak Terelynn turut mengikuti jejaknya.
 
Seperti diberitakan Daily Mail, Khamis (7/3/2013), Terelynn selalu mengajarkan pada ketiga puterinya untuk menjaga rambut mereka dan mempraktekan cara mengepang rambut masing-masing. 
Namun, ada aturan yang sangat penting di dalam rumah keluarga Terelynn, dimana semua anaknya harus menjaga rambut mereka saat di dapur, terutama di sekitar kompor.
 
Ada juga beberapa aturan kebersihan rambut yang diberlakukan di dalam rumah, semua orang harus menggunakan sampo dan kondisioner yang banyak.
 
"wang yang saya simpan selalu dihabiskan untuk pergi ke salon dan membeli kondisioner rambut," kata Terelynn.

Terelynn mengatakan bahawa dia pernah menginjak rambutnya saat dia terbangun untuk mengganti lampin puteri bungsunya.

Selama bertahun-tahun, Terelynn dan puterinya telah menyumbangkan sebahagian dari rambut mereka, seperti baru-baru ini mereka menyumbangkan rambutnya ke salon Locks of Love. Tetapi, mereka tidak pernah memotong rambutnya lebih dari 50 centimeter.
{ Read More }


Minggu, 29 Desember 2013

KL Gangster 2 Kutip RM3 Juta Dalam 4 Hari


PETALING JAYA –  Filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof berjaya mengutip RM 3.1 juta dalam tempoh empat hari tayangan bermula 3 Oktober lalu termasuk tiga hari tayangan awal pada 27 hingga 29 September lalu.

Produsernya Datuk Yusof Haslam berkata, biarpun jumlah kutipan tersebut hanya mampu meraih separuh daripada sasaran awal, namun dia masih tetap bersyukur.

“Alhamdulillah setakat empat hari ini sudah mencapai RM3.1 juta namun jika diikutkan sasaran awal kita lebih daripada jumlah itu.

“KL Gangster dulu empat hari sahaja sudah mencapai RM 6 juta lebih, bagaimanapun saya bersyukur kerana dalam situasi filem bocor ini masih ada lagi yang datang ke pawagam untuk beri sokongan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Yusof berkata, beliau menyasarkan filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu akan ‘balik modal’ iaitu sebanyak RM7.5 juta termasuk kos promosi.

Katanya, promosi yang cukup kuat dijalankan sepanjang tayangan ini juga menjadi strategi akhir pihaknya untuk menarik penonton ke pawagam.

“Kutipan itu mungkin sudah memadai bagi filem yang bajet rendah ditambah industri filem yang lembab sekarang tapi saya hanya pasrah dan bersyukur.

“Saya berharap pihak kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dengan isu cetak rompak ini ambil iktibar dan tindakan segera agar tiada pihak yang menanggung kerugian lagi,” katanya.

KL Gangster 2 telah mendapat hak tayangan lebih awal untuk tiga hari bermula 27 hingga 29 September lalu sebagai sokongan terhadap karya tersebut yang telah dicetak rompak dan telah mengutip sebanyak RM700,00O.
{ Read More }


IconIconIconFollow Me on Pinterest